Pelaburan saham amanah (unit trust) adalah pelaburan berkelompok di mana para pelabur menggunakan khidmat pihak ketiga iaitu pengurus dana untuk menguruskan pelaburan mereka. Kepentingan pelabur adalah terjamin dengan adanya pihak trustee yang mengawal-selia proses-proses ini. Di Malaysia, saham amanah (unit trust) telah pun bertapak di sini sejak zaman 60an dulu lagi, dan kerajaan Malaysia melalui Security Commission menetapkan syarat-syarat khusus bagi melindungi kepentingan para pelabur.
Mengapa saya perlukan saham amanah (unit trust) ini?
Saham amanah adalah medium paling mudah untuk seseorang melibatkan diri dalam naik-turun suasana eknomi semasa. Ia menyediakan capaian kepada ekuiti, bon dan pasaran wang dengan kos yang sangat rendah: membolehkan sesiapa sahaja mengambil tempat dalam kemeriahan ekonomi semasa dengan modal yang paling minimum yang mana pada asalnya ia tidak mampu diperolehi ditempat lain.
Anda sebagai seseorang yang sibuk dengan tugas harian yang lain, saham amanah (unit trust) menyediakan kemudahan untuk anda terus fokus kepada perancangan perniagaan atau persendirian, tetapi pada masa yang sama mempunyai kekuatan yang sempurna melalui pengurus dana yang menguruskan hal-ehwal pelaburan anda sepanjang masa. Capaian kepada kepelbagaian maklumat bagi menguruskan pelaburan melalui kumpulan pengurus dana adalah cara terbaik untuk anda melapangkan dada dan menyerahkan segalanya yang lain kepada pakar.
Saham amanah (unit trust) adalah suatu pelaburan mampu milik yang harus dimiliki oleh setiap dari kita yang memerlukan pendapatan tetap ataupun pengumpulan modal. Capaian kepada saham amanah (unit trust) bukan hanya melalui deposit tunai, tetapi juga melalui caruman KWSP.
Jika dapat saya ungkapkan; sesungguhnya saham amanah (unit trust) adalah satu kemestian bagi sesiapa sahaja. Kenapa begitu? Hubungi saya untuk sesi penerangan lebih lanjut.
Basri Mahayedin Unit Trust Consultant Call/SMS/Fax: 170080-RICH (7424) Email: basri[at]moneyfc.comContact Form






