Harga emas dibayangkan sedang berada dalam episod pemulihan. Emas mencatat rekod pada harga $1023 dalam March 2008 dan kemudian mula turun sehingga $788 dalam bulan Ogos 2008. Perkara pokok kepada penurunan ini adalah pengukuhan nilai dollar US. Antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan nilai dollar adalah keadaan ekonomi US, kadar faedah pinjaman, harga minyak dan hal-hal berkenaan Eurozone dan Jepun. Nilai dollar lebih baik berbandning kebanyakan matawang lain di dunia terutamanya Euro dimana ia menunjukkan peningkatan dari $1.67 untuk 1 Euro kepada $1.47. Harga minyak mentah telah turun dari $147 kepada $112. Penokokan nila dollar mengurangkan minat pelabur kepada emas, dan penurunan harga minyak memusnahkan terus fungsi emas sebagai mekanisme hedging melawan inflasi.
Selain itu, pengurangan permintaan emas secara fizikal juga adalah punca penurunan harga emas. World Gold Council melaporkan penurunan trend permintaan sejak dari suku ke-4 tahun 2007. Penurunan permintaan ini begitu ketara di India sebagai pasaran pengguna emas paling besar dunia.
Perkembangan terbaru melaporkan nilai dollar agak menyusut dan penambahan permintaan fizikal. Nilai dollar berbanding Euro pada masa ini pada kadar $1.49 dan harga minyak naik ke $120. Harga emas naik untuk tempoh 3 hari lepas.
Permintaan emas dijangka mengalami peningkatan sekiranya harga berada pada paras $800. Tetapi untuk menjangkakan ia terus naik selepas ini mungkin agak sukar. Semunya bergantung kepada pelabur. Untuk menarik minat pelabur, logam kuning ini perlu dijangkan dapat mengatasi aset lain. Ini mungkin sukar. Pakar tukaran wang asing menjangkakan nilai dollar akan terus menokok untuk beberapa suku tahun akan datang. Tambahan pula fasa pemulihan pasaran lain seperti ekuiti sedang berlaku.
Jika jangkaan di atas benar-benar berlaku, maka harga emas mungkin akan terus turun, atau paling baik berada pada kadar sekarang.







No User Responded in " Emas Telah Pulih? "
Leave A Reply Below