RedOrbit yang berpangkalan di India membayangkan harga emas mungkin akan lebih rendah dari sekarang. Selain dari faktor kejatuhan harga minyak dari $145 setong kepada $113 setong, faktor pengukuhan dolar Amerika berbanding matawang negara lain juga memainkan peranan penting.
Jadi apa kaitannya kejatuhan harga emas dengan saham amanah anda?
Ini berkaitan terdapatnya spekulasi bahawa kelembapan ekonomi dunia terutamanya di U.S telah berjaya di tangani. Kejayaan ini menyebabkan nilai matawang US menokok. Oleh kerana kenaikan inflasi dikekang, maka pelaburan dalam logam berharga seperti emas untuk tujuan hedging (strategi melawan kenaikan atau penurunan sesuatu industri) tidak lagi menarik minat. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan harga emas semakin menurun (tiada minat untuk hedging dan juga penokokan US Dollar).
Mungkinkah kelembapan ekonomi sudah berjaya dikawal dan arusnya akan berubah? Anda sedia membeli unit sekarang?







No User Responded in " Harga emas akan jatuh lagi? "
Leave A Reply Below