Harga emas dilaporkan telah turun ke paras terendah dalam masa 7 bulan pada hari Selasa lepas berikutan perkembangan penting iaitu pengukuhan nilar Dollar US dan penyusutan harga minyak mentah.
Mengikut pasaran Britain, harga emas mencecah $US802.34 se aun. Itu adalah nilai terendah sejak December 2007.
Dalam pasaran tukaran wang asing, Dollar US dikatakan telah mencapai paras tertinggi sejak 6 bulan lepas berbanding Euro. Kesannya, pembelian barang-barang yang dihargakan dalam nilai Dollar US berkurangan, oleh kerana pengukuhan nilai Dollar US telah menyebabkan pembeli yang menggunakan matawang lebih lemah terpaksa membayar lebih. Ini termasuklah emas dan minyak mentah.
Emas dikatakan gagal mendapatkan rentak yang sepatutnya di sebalik keyakinan orang ramai tentang kebaikan emas dalam melawan inflasi. Konflik ketenteraan yang berlaku antara Russia dan Goergia juga tidak menimbulkan impak kenaikan harga emas.







No User Responded in " Harga emas terendah 7 bulan "
Leave A Reply Below