MoneyFC.com

Maklumat Unit Trust/Saham Amanah

  • Home
  • About / Contact Us
  • Agen Unit Trust
  • Report
  • Unit Trust Calculator

Masa Untuk Membeli?

posted by basri in March 28th, 2008 
in General  

Sebenarnya saya tidak berniat untuk menjadi speculator tetapi beberapa rakan ada bertanya adakah masa sekarang sangat sesuai untuk menambah unit baru. Ini kerana mereka yang bertanya ini berpendapat arah pasaran masa kini sedang bertukar dari arah selatan menuju utara. Saya tidak begitu pasti, tetapi pada pendapat saya tanda-tanda bertukar arah memang ada (hanya berdasarkan pengetahuan sedikit saya tentang analisa pasaran). Contohnya, saham Maybank mencecah harga terendah dalam 5 tahun. Begitu dengan KLCI, dan 2 lagi dana yang diukur berdasarkan moving average.

KLCI:

klci

Dana X:

x

Dana Y:

y

Adakah ia benar-benar bagai dikata? Saya tidak begitu pasti. Kita nantikan komen dari mereka yang pakar sekitar minggu depan (awal April).

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

KLCI Dipengaruhi Pembelian PT Bank

posted by basri in March 28th, 2008 
in General  

Pengumuman Maybank untuk membeli PT Bank Internasional Indonesia nampaknya telah memberi kesan negatif kepada KLCI pada hari Khamis. Setakat pukul 12.30 tgh, KLCI mengalami penurunan 5.28 mata dan ternyata ia bertambah muram apabila saham maybank dilaporkan mencecah harga terendah dalam tempoh 5 tahun pada paras RM8.40. Ia juga mencecah harga terendah intraday pada paras RM8.00.

Pelabur dilaporkan risau berkenaan kemampuan Maybank untuk mengekalkan dividen yang baik selepas pembelian bank luar negara ini.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Pasaran Asia Jatuh Selepas Berita Pembelian Bear

posted by basri in March 17th, 2008 
in General  

Berita pembelian bank pelaburan US, Bear Sterns oleh JPMorgan Chase pada hari Isnin lepas mewujudkan impak segera di kebanyakan pasaran Asia. Nikkei dan Hang Seng jatuh melebihi 4%. Di Korea pula indeks komposit jatuh melebihi 3%. Di Australia dan New Zealand juga rentak yang sama ditunjukkan.

JPMorgan Chase pada hari Ahad lepas mengumumkan pembelian pesaingnya itu dengan jumlah $236 mil - ataupun $2 sesaham yang mana bank pusat US membantu mereka dengan pembiayaan istimewa. Berita pembelian ini dikeluarkan beberapa ketika sebelum pasaran Asia di buka.

Penurunan ini dijangka memberi kesan kepada pelaburan dana China (China, Hong Kong, Korea).

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Kenaikan Bursa Malaysia Dikekang Faktor Politik

posted by basri in March 17th, 2008 
in General  

Reuters melaporkan kenaikan harga minyak sawit hampir 3% pada hari Khamis lepas sebenarnya mampu melonjakkan Bursa Malaysia. Ia sebenarnya dijangka memberi kesan ketara kepada syarikat seperti IOI, KL keong dan Asiatic Development. Selain itu faktor kenaikan di Wall Street juga dijangka memberi kesan.

Namun begitu kenaikan di Malaysia masih dikekang oleh faktor pasaran serantau seperti Hong Kong yang jatuh hampir 5%, dan faktor setempat seperti ketidaktentuan politik oleh kerana negara masih menunggu kabinet yang bakal diumumkan.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Inflasi China Hampiri Catatan Tertinggi Sejak 12 Tahun

posted by basri in March 13th, 2008 
in General  

The Star pada 12 Mac lepas melaporkan inflasi menghampiri catatan terburuk 8.7% dalam tempoh 12 tahun lepas. Dalam bulan Januri kadar inflasi China ialah 7.1% dan dijanka meningkat ke 8% pada bulan Februari. Biro Statistik Kebangsaan menyalahkan keadaan musim sejuk dan musim cuti Tahun Baru Lunar sebagai punca kenaikan harga barang. Kos makanan meningkat 23.2% setahun lepas, daging khinzir 63.4%, sayuran 46% dan minyak masak naik 41%.

Mungkin bukan hanya di Malaysia kita mengalami kenaikan harga barang, tetapi ia turut menyerang kuasa ekonomi besar seperti China. Untuk rekod, salah satu punca kekalahan parti pemerintah di Malaysia dalam PRU12 baru-baru ini dikatakan berpunca dari peningkatan kos sara hidup yang dialami rakyat . Awas.. inflasi boleh menyebabkan kerusi kerajaan bertukar tangan.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Hari “Tidak Berbisnes” Dana China

posted by basri in March 12th, 2008 
in General  

Hari “Tidak Berbisnes” ialah hari cuti di China. Ini bermakna bursa saham di Hong Kong ditutup dari dagangan. Ini penting untuk kita mengetahui bahawa apa-apa belian pada hari tidak bekerja ini akan mengambil harga belian pada harga penutup pasaran hari berkerja yang pertama selepas hari cuti itu. Hari-hari cuti itu ialah:

21 - Mar - 08 Good Friday

24 - Mar - 08 Easter Monday

4 - Apr - 08 Ching Ming Festival

12 - May - 08 Buddha’s Birthday

9 - June - 08 Tuen Ng Festival

1 - Jul - 08 Hong Kong Special Administrative Region Establishment Day

15 - Sep - 08 Moon Festival

1 - Oct - 08 China National Day (May also be first day of Hari Raya)

7 - Oct - 08 Chung Yeung Festival

26 - Dec - 08 Boxing Day

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Jangkaan Perkembangan Kewangan Islam 20% Tahun Ini

posted by basri in March 12th, 2008 
in General  

Kewangan Islam dijangka mengalami kenaikan 20% berikutan kenaikan harga minyak dunia. Ini kerana peningkatan harga minyak menawarkan kecairan dan dana yang lebih besar dari negara Timur Tengah (pengeluar minyak utama dunia), mengikut pegawai Yasaar Ltd, Majid Dawood hari Isnin lepas. Majid berada di Kuala Lumpur untuk sesi taklimat kewangan islam di Asia.

Kuala Lumpur mempunyai 76% dari pasaran kewangan Islam di Asia, 95.5% pengeluaran sukuk, dan 83% aset takaful.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Pasaran Asia Turun, Penurunan KLCI 9.5%

posted by basri in March 12th, 2008 
in General  

Indeks Komposit di KLSE mencatat penurunan 9.5%, itu pun setelah pasaran ditutup secara automatik selepas penurunan tiba-tiba sebanyak 10%. Ini dikatakan berikutan kegagalan parti memerintah mempertahankan majoriti 2/3 pada pilihanraya umum ke-12 Sabtu lepas.

Pasaran saham di China, Taiwan, Indonesia dan Filipina juga mengalami penurunan susulan kembimbangan kelembapan ekonomi US. Hanya Hong Kong mencatat kenaikan.

Di Malaysia, pelabur dalam syarikat milik kerajaan membuat penjualan panik menyebabkan KLCI mengalami penurunan tiba-tiba. Contohnya TNB mengalami penurunan 15% sementara MRCB pula 34%.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Pelaburan Akaun 1 KWSP

posted by basri in March 7th, 2008 
in General  

Ada beberapa soalan yang biasanya menjadi kekeliruan kepada bakal pelabur. Contohnya:

1. Akaun mana yang terlibat dalam pelaburan saham amanah?

Akaun KWSP ada (I) & (II) . Akaun (I) bahagiannya sebanyak 70% dan selebihnya adalah Akaun (II). Hanya Akaun (I) yang terlibat untuk pengeluaran pelaburan saham amanah.

2. Bagaimana untuk mengetahui jumlah pengeluaran pelaburan saham amanah yang dibenarkan?

Yang paling senang ialah melalui i-Akaun di laman web www.kwsp.gov.my. Sebelum itu anda perlu create pin dahulu di cawangan KWSP. Selain itu pertanyaan boleh dibuat di kaunter atau melalui kiosk yang disediakan di cawangan. Kiosk juga ada di cawangan RHB terpilih. Senarai cawangan RHB yang dimaksudkan ialah:

1. Kuala Lumpur Main, Level 1, Tower Two RHB Centre, 426, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
2. KLCC, Lot G 34, Ground Level Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.
3. New Town, Petaling Jaya, 1, 3 & 5, Jalan 52/18, New Town Centre, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
4. Johor Bahru City Square, Lot J1-22 & J2-31, Level 1 & 2, Johor Bahru City Square, 106 & 108, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor.
5. Lebuh Pantai, Penang, 44, Lebuh Pantai, Georgetown, 10300 Pulau Pinang.
6. Jalan Telok Sisek, Kuantan, 45, Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang.
7. Jalan Tun Sambanthan, Ipoh, Lot 2, 4, 6 & 8, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak.
8. Jalan Padungan, Kuching, 256, Jalan Padungan, 93100 Kuching, Sarawak.
9. Jalan Gaya, Kota Kinabalu, 81/83, Jalan Gaya, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
10. Jalan Hang Tuah, Melaka, 477 Plaza Melaka, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.

3. Bagaimana pengiraan kelayakan pengeluaran dilakukan?

Kelayakan pengeluaran untuk pelaburan saham amanah dikira sebagai tidak melebihi 20% dari baki yang ditolak dari Simpanan Asas seperti berikut:

Umur (Tahun)

Simpanan Asas
(RM)

Umur (Tahun)

Simpanan Asas
(RM)

18

1,000

37

34,000

19

2,000

38

37,000

20

3,000

39

41,000

21

4,000

40

44,000

22

5,000

41

48,000

23

7,000

42

51,000

24

8,000

43

55,000

25

9,000

44

59,000

26

11,000

45

64,000

27

12,000

46

68,000

28

14,000

47

73,000

29

16,000

48

78,000

30

18,000

49

84,000

31

20,000

50

90,000

32

22,000

51

96,000

33

24,000

52

102,000

34

26,000

53

109,000

35

29,000

54

116,000

36

32,000

55

120,000

4. Apakah jumlah maksimum pengeluaran?

Tiada.

5. Apakah jumlah minimum pengeluaran?

RM1,000.

6. Bagaimana contoh pengiraan?

En. Joe berumur 30 tahun dan baki Akaun 1 beliau ialah RM60,000. Maka kelayakan pengeluaran beliau ialah 20% x (60,000-18,000) = RM8,400.

7. Bolehkan dividen/agihan/keuntungan dari pelaburan ini ditunaikan/digunakan oleh pelabur?

Tidak boleh. Sebarang agihan dari pelaburan ini akaun dimasukkan semula ke akaun pelaburan (compounding). Sekiranya pelabur membuat redeem, jumlah redeem akan dimasukkan semula ke akaun KWSP.

8. Memandangkan untung tidak boleh dikeluarkan, apakah faedah bagi saya membuat pelaburan saham amanah menggunakan Akaun 1 KWSP?

KWSP membenarkan pengeluaran dengan peraturan Simpanan Asas yang baru dibawah kempen “Bukan Hanya Simpanan”. Jadi dapat disimpulkan KWSP menggalakkan ahlinya mencari alternatif lain melaburkan wang simpanan mereka ke tempat yang telah diluluskan seperti saham amanah. Objektif asal simpanan KWSP untuk simpanan hari tua masih terpelihara, tetapi dalam bentuk pelaburan. Selain itu, KWSP memberi peluang kepada pencarumnya untuk memilih sendiri tempat pelaburan dengan keuntungan yang mungkin lebih baik. Untung dari pelaburan Akaun 1 ini boleh digunakan selepas umur layak iaitu 55 tahun.

9. Bagaimana prestasi KWSP berbanding saham amanah?

Prestasi KWSP berbagai-bagai, contohnya pada tahun 2007 dividen yang diluluskan ialah 5.8%. KWSP dijamin oleh kerajaan dan modal pencarum sudah tentunya dilindungi. Bagi saham amanah, prestasi mereka bergantung kepada ekonomi semasa. Agihan yang ditawarkan mungkin lebih tinggi, sesuai tanpa perlindungan modal.

10. Bolehkah saya melabur dari Akaun 1 setiap bulan?

Pengeluaran Akaun 1 hanya dibenarkan untuk 1 dalam tempoh 3 bulan.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Harga Makin Turun - Apa Pilihannya?

posted by basri in March 5th, 2008 
in General  

Konsep ni di adaptasi dari konsep Dollar Cost Averaging. Sebenarnya konsep asal DCA adalah bagi mengurangkan risiko kejatuhan harga secara tiba-tiba sebaik sahaja pembelian dibuat. DCA mencadangkan pembelian tidak dibuat secara lump sum, tetapi dibuat beransur-ansur secara berkala, contohnya secara bulanan.

Baik, berkenaan unit yang telah dibeli, apabila anda mendapati harga semasa semakin berkurangan dari harga belian, secara cepat kita akan terfikir bahawa wang pelaburan yang sedang menyusut. NAV anda dalam portfolio berkenaan sememangnya menyusut, maka apakah yangboleh dilakukan?

Beberapa pilihan, antaranya:

1. Membiarkan harga turun dan berharap akan naik semula.

2. Mengambil  peluang dengan membuat belian secara berkala semasa harga rendah.

Pada pendapat saya  mengambil pilihan #1, mahupun #2 tidak ada salahnya. Pelaburan saham amanah adalah bentuk pelaburan jangka panjang untuk beberapa tahun yang cemerlang dan seseorang tidak berdukacita tentang penurunan harga unit yang berlaku dalam masa beberapa bulan. Jadi pilihan #1 adalah yang terbaik bagi ramai orang.

Bagi yang lebih optimistik dan opportunist pula, pilihan #2 lebih munasabah. Sebenarnya opportunist melihat kejatuhan harga sebagai peluang untuk mereka menurunkan nilai kos per unit, iaitu nilai kos purata bagi setiap unit dalam portfolio yang dimiliknya. Ilustrasinya seperti di bawah:

dollar-cost2.jpg

Ambil contoh pembelian pertama pada 1 Jan pada harga RM0.30000. Oleh kerana adanya fee kemasukan (service charge), maka kos purata adalah sebanyak RM0.3162. Semakin harga turun, semakin En Joe membeli unitnya. Setiap yang ying, ada yang nya. Setiap yang turun, pasti ada naiknya. Konsep yang sama berlaku dalam reversal selepas resistant semasa pasaran bullish (up-trend), atau support semasa pasaran bearish (down-trend).

Jadi sebaik pasaran membuat reversal (melibas?), maka anda dapat perhatikan En Joe membuat keuntungan di sepanjang laluannya ke atas. Berbanding dengan keputusan tanpa acuan DCA ini, hasil En Joe lebih baik berbanding pilihan #2.

Apa pun, teknik ini untuk pengetahuan sahaja, anda yang menentukan mengikut kesesuaian. Tidak ada jaminan kejayaannya, tetapi ia agak baik untuk diberikan penilaian.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Newer Entries »
« Older Entries

Subscribes to Rss Feeds

get latest updates on site news and site post

contact unit trust calculator get rss ads unit trust agent report

Moneyfc.com

Selamat datang ke blog maklumat unit trust / saham amanah. Kunjungi laman ini secara tetap untuk mendapatkan maklumat pelaburan saham amanah serta beberapa tips kewangan yang berkenaan.



Search

Recent Entries

  • Detroit Electric & Proton
  • Emas Telah Pulih?
  • Unit Trust - Kelembapan Ekonomi Bukan Penghalang
  • Untung TM Berkurang 62%
  • Harga emas akan jatuh lagi?
  • Harga emas terendah 7 bulan
  • Kenapa Bursa Malaysia Tergantung?
  • Reporting - Pembetulan Skrip
  • Borang Pelaburan Versi Baru
  • Berita Untuk Bakal Agen - Pengecualian CUTE

Recent Comments

  • suhaini » Berita Untuk Bakal Agen - Pengecualian CUTE
  • Lan » Borang Pelaburan Versi Baru
  • hafiza » Kenapa melabur di China?
  • Jutawan » Kenapa melabur di China?
  • Jutawan » Risiko Tidak Melabur
  • MoneyFC.com » Blog Archive &r… » About / Contact Us
  • MoneyFC.com » Blog Archive &r… » Unit Trust Calculator

Most Commented

  • Kenapa melabur di China? (2)
  • Unit Trust Calculator (1)
  • About / Contact Us (1)
  • Risiko Tidak Melabur (1)
  • Borang Pelaburan Versi Baru (1)
  • Berita Untuk Bakal Agen - Pengecualian CUTE (1)

Categories

  • General

Meta

  • Log in
  • Valid XHTML
  • Valid CSS
  • WordPress

Recent Visitors

Monthly Archives

  • September 2008
  • August 2008
  • July 2008
  • April 2008
  • March 2008
  • February 2008
  • January 2008
  • December 2007
  • November 2007

Links

  • Bank Negara Malaysia
  • Blog Hosting Percuma
  • FMUTM
  • KLSE
  • Suruhanjaya Sekuriti