MoneyFC.com

Maklumat Unit Trust/Saham Amanah

  • Home
  • About / Contact Us
  • Agen Unit Trust
  • Report
  • Unit Trust Calculator

Detroit Electric & Proton

posted by basri in September 4th, 2008 
in General  

Minat Pak Lah untuk menghasilkan kereta elektrik bagi membantu rakyat negara ini menangani kenaikan harga minyaknampaknya bukan saja menguntungkan orang-orang Malaysia, tetapi turut sama member sinar kepada syarikat Detroit Elektrik yang pernah muflis pada tahun 1939. Syarikat Belanda ini dikatakan telah memulakan perbincangan bagi kerjasama dengan Proton dalam hal penyediaan bateri untuk kereta elektrik. Detroit Elektrik sanggup membuka kilang membuat bateri dan juga unit penyelidikan mereka di Malaysia yang berharga $30 juta US.

Proton dalam pada itu mentifatkan ianya masih terlalu awal untuk memberikan komen berkenaan perkara ini.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Emas Telah Pulih?

posted by basri in August 25th, 2008 
in General  

Harga emas dibayangkan sedang berada dalam episod pemulihan. Emas mencatat rekod pada harga $1023 dalam March 2008 dan kemudian mula turun sehingga $788 dalam bulan Ogos 2008. Perkara pokok kepada penurunan ini adalah pengukuhan nilai dollar US. Antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan nilai dollar adalah keadaan ekonomi US, kadar faedah pinjaman, harga minyak dan hal-hal berkenaan Eurozone dan Jepun. Nilai dollar lebih baik berbandning kebanyakan matawang lain di dunia terutamanya Euro dimana ia menunjukkan peningkatan dari $1.67 untuk 1 Euro kepada $1.47. Harga minyak mentah telah turun dari $147 kepada $112. Penokokan nila dollar mengurangkan minat pelabur kepada emas, dan penurunan harga minyak memusnahkan terus fungsi emas sebagai mekanisme hedging melawan inflasi.

Selain itu, pengurangan permintaan emas secara fizikal juga adalah punca penurunan harga emas. World Gold Council melaporkan penurunan trend permintaan sejak dari suku ke-4 tahun 2007. Penurunan permintaan ini begitu ketara di India sebagai pasaran pengguna emas paling besar dunia.

Perkembangan terbaru melaporkan nilai dollar agak menyusut dan penambahan permintaan fizikal. Nilai dollar berbanding Euro pada masa ini pada kadar $1.49 dan harga minyak naik ke $120. Harga emas naik untuk tempoh 3 hari lepas.

Permintaan emas dijangka mengalami peningkatan sekiranya harga berada pada paras $800. Tetapi untuk menjangkakan ia terus naik selepas ini mungkin agak sukar. Semunya bergantung kepada pelabur. Untuk menarik minat pelabur, logam kuning ini perlu dijangkan dapat mengatasi aset lain. Ini mungkin sukar. Pakar tukaran wang asing menjangkakan nilai dollar akan terus menokok untuk beberapa suku tahun akan datang. Tambahan pula fasa pemulihan pasaran lain seperti ekuiti sedang berlaku.

Jika jangkaan di atas benar-benar berlaku, maka harga emas mungkin akan terus turun, atau paling baik berada pada kadar sekarang.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Unit Trust - Kelembapan Ekonomi Bukan Penghalang

posted by basri in August 19th, 2008 
in General  

HispanicBusiness melaporkan pelabur-pelabur unit trust tidak menghiraukan keadaan kelembapan ekonomi untuk terus kekal sebagai pelabur. Kenyataan ini disokong oleh asas pelaburan unit trust untuk jangka masa panjang dan tidak mungkin tergugat dengan kekacauan jangka masa pendek.

Walaubagaimanapun, didapati pelabur unit trust membuat pergerakan dengan beralih kepada dana yang lebih selamat seperti money market dan juga bond.

Portal berita ini juga menjangkakan peralihan dari aset ekuiti ke money market/bond akan bertukar arah sekiranya lonjakan ekonomi yang berlaku seawal bulan Ogos 2008 terus berkembang.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Untung TM Berkurang 62%

posted by basri in August 19th, 2008 
in General  

Reuters melaporkan TM telah mengalami pengurangan untung sebanyak 62% berkahir suku ke-2 2008. Perolehan TM dilaporkan sebanyak RM273.17 juta berbanding RM701 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

TM telah melepaskan perniagaan luar negara dan perniagaan selular April tahun ini.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Harga emas akan jatuh lagi?

posted by basri in August 19th, 2008 
in General  

RedOrbit yang berpangkalan di India membayangkan harga emas mungkin akan lebih rendah dari sekarang. Selain dari faktor kejatuhan harga minyak dari $145 setong kepada $113 setong, faktor pengukuhan dolar Amerika berbanding matawang negara lain juga memainkan peranan penting.

Jadi apa kaitannya kejatuhan harga emas dengan saham amanah anda?

Ini berkaitan terdapatnya spekulasi bahawa kelembapan ekonomi dunia terutamanya di U.S telah berjaya di tangani. Kejayaan ini menyebabkan nilai matawang US menokok. Oleh kerana kenaikan inflasi dikekang, maka pelaburan dalam logam berharga seperti emas untuk tujuan hedging (strategi melawan kenaikan atau penurunan sesuatu industri) tidak lagi menarik minat. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan harga emas semakin menurun (tiada minat untuk hedging dan juga penokokan US Dollar).

Mungkinkah kelembapan ekonomi sudah berjaya dikawal dan arusnya akan berubah? Anda sedia membeli unit sekarang?

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Harga emas terendah 7 bulan

posted by basri in August 14th, 2008 
in General  

Harga emas dilaporkan telah turun ke paras terendah dalam masa 7 bulan pada hari Selasa lepas berikutan perkembangan penting iaitu pengukuhan nilar Dollar US dan penyusutan harga minyak mentah.

Mengikut pasaran Britain, harga emas mencecah $US802.34 se aun. Itu adalah nilai terendah sejak December 2007.

Dalam pasaran tukaran wang asing, Dollar US dikatakan telah mencapai paras tertinggi sejak 6 bulan lepas berbanding Euro. Kesannya, pembelian barang-barang yang dihargakan dalam nilai Dollar US berkurangan, oleh kerana pengukuhan nilai Dollar US telah menyebabkan pembeli yang menggunakan matawang lebih lemah terpaksa membayar lebih. Ini termasuklah emas dan minyak mentah.

Emas dikatakan gagal mendapatkan rentak yang sepatutnya di sebalik keyakinan orang ramai tentang kebaikan emas dalam melawan inflasi. Konflik ketenteraan yang berlaku antara Russia dan Goergia juga tidak menimbulkan impak kenaikan harga emas.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Kenapa Bursa Malaysia Tergantung?

posted by basri in July 5th, 2008 
in General  

Sistem perkomputeran Bursa Malaysia mengalami kerosakan paling teruk pada Khamis 3 hb Jun 2008 menyebabkan operasi Bursa pada hari itu terpaksa digantung sementara. Dikhabarkan punca sebenar adalah kerana kerosakan hard disk komputer yang dibekalkan oleh pihak HP.

Bursa dalam pada itu akan menggunakan sistem baru untuk perniagaan ekuitinya menggunakan khidmat dari pakar Amerika Syarikat. Percubaan akan dibuat dalam masa terdekat.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Reporting - Pembetulan Skrip

posted by basri in April 25th, 2008 
in General  

Harap maaf kerana sedikit masalah dengan reporting system. Skrip terpaksa diperbetulkan kerana terdapat perubahan format di server utama. Reporting system sekarang berjalan seperti biasa. Harap maklum.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

No Comment

Borang Pelaburan Versi Baru

posted by basri in April 10th, 2008 
in General  

Susulan arahan dari SC, versi baru borang pelaburan (cash dan EPF) akan mula digunakan bermula 30 April 2008.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

1 Comment

Berita Untuk Bakal Agen - Pengecualian CUTE

posted by basri in April 10th, 2008 
in General  

Berita baik untuk bakal agen yang berinat menceburkan diri dengan industri saham amanah. Bermula Jun 2008, calon yang lulus Module 4 (Investment Planning) dari program CFP tidak perlu lagi menduduki CUTE (Computerized Unit Trust Examination).

Calon diminta menyediakan salinan salinan sebenar kelulusan Module 4 berserta bayaran RM140.00. Begitupun, calon yang lulus sebelum tarikh di atas masih perlu menduduki CUTE.

email this

Add to deli.cio.us

Digg it

Permalink

1 Comment

« Older Entries

Subscribes to Rss Feeds

get latest updates on site news and site post

contact unit trust calculator get rss ads unit trust agent report

Moneyfc.com

Selamat datang ke blog maklumat unit trust / saham amanah. Kunjungi laman ini secara tetap untuk mendapatkan maklumat pelaburan saham amanah serta beberapa tips kewangan yang berkenaan.



Search

Recent Entries

  • Detroit Electric & Proton
  • Emas Telah Pulih?
  • Unit Trust - Kelembapan Ekonomi Bukan Penghalang
  • Untung TM Berkurang 62%
  • Harga emas akan jatuh lagi?
  • Harga emas terendah 7 bulan
  • Kenapa Bursa Malaysia Tergantung?
  • Reporting - Pembetulan Skrip
  • Borang Pelaburan Versi Baru
  • Berita Untuk Bakal Agen - Pengecualian CUTE

Recent Comments

  • suhaini » Berita Untuk Bakal Agen - Pengecualian CUTE
  • Lan » Borang Pelaburan Versi Baru
  • hafiza » Kenapa melabur di China?
  • Jutawan » Kenapa melabur di China?
  • Jutawan » Risiko Tidak Melabur
  • MoneyFC.com » Blog Archive &r… » About / Contact Us
  • MoneyFC.com » Blog Archive &r… » Unit Trust Calculator

Most Commented

  • Kenapa melabur di China? (2)
  • Unit Trust Calculator (1)
  • About / Contact Us (1)
  • Risiko Tidak Melabur (1)
  • Borang Pelaburan Versi Baru (1)
  • Berita Untuk Bakal Agen - Pengecualian CUTE (1)

Categories

  • General

Meta

  • Log in
  • Valid XHTML
  • Valid CSS
  • WordPress

Recent Visitors

Monthly Archives

  • September 2008
  • August 2008
  • July 2008
  • April 2008
  • March 2008
  • February 2008
  • January 2008
  • December 2007
  • November 2007

Links

  • Bank Negara Malaysia
  • Blog Hosting Percuma
  • FMUTM
  • KLSE
  • Suruhanjaya Sekuriti